Manage PermissionsManage Permissions

Premohonan bagi menggunakan Taman Rekreasi Hutan


Perkhidmatan ini  dikendalikan oleh  Bahagian Taman dan Hutan Kemasyarakatan, Jabatan Perhutanan dibawah Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan bagi orang ramai yang hendak menggunakan kemudahan awam di Taman-Taman Rekreasi Hutan.

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual

Start

Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan

  • Taman-Taman Rekreasi Hutan di bawah kawalan Jabatan Perhutanan yang boleh dipohonkan oleh orang ramai adalah seperti berikut :
    • Taman Rekreasi Hutan Bukit Shahbandar (Daerah Brunei-Muara)
    • Taman Rekreasi Hutan Berakas (Daerah Brunei-Muara)
    • Taman Rekreasi Tumpuan Telisai (Daerah Tutong)
    • Taman Rekreasi Hutan Sungai Liang (Daerah Belait)
    • Taman Rekreasi Hutan Luagan Lalak (Daerah Belait)
    • Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi (Daerah Temburong)
    • Taman Rekreasi Hutan Pulau Selirong (Daerah Temburong)

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  • Bagi sebarang pertanyaan mengenai tatacara untuk meminjam Taman Rekreasi Hutan dan untuk mengetahui kekosongan taman yang dipohonkan orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Taman dan Hutan Kemasyarakatan di talian 2381687 sambungan 2104.
  • Jika sudah ada ketetapan tarikh dan taman yang dipohonkan, maka orang ramai bolehlah menghadapkan permohonan secara bertulis kepada :
    • Pengarah Perhutanan, Jabatan Perhutananm Tingkat 2, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan, BB3910, Negara Brunei Darussalam. 
  • Surat kebenaran bolehlah diambil oleh pemohon selepas dua (2) hari waktu bekerja setelah permohonan selesai ditandatangani oleh Pengarah Perhutanan. 
Attachments