Manage PermissionsManage Permissions

Permohonan Pas Keluar / Masuk Kenderaan (VES)


Perkhidmatan ini disediakan oleh Jabatan Kastam dan EKsais Diraja, Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi permohonan kebenaran membawa keluar / masuk kenderaan melepasi sempadan. 


Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual.

Start

Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan

Bagi kenderaan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam, sila sediakan keterangan berikut : 

  1. Nombor pendaftaran kenderaan yang sah
  2. Nombor chasis kenderaan 
  3. Nombor enjin kenderaan 

Syarat / Kriteria Penggunaan Perkhidmatan atas Talian 

Mempunyai akaun emel yang sah.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  1. Layari http://www.bdnsw.gov.bn/Pages/VehiclePass.aspx atau klik butang “Start” di atas.
  2. Isi keterangan yang diperlukan.
  3. Klik "Search" untuk meneruskan.
  4. Jika butiran kenderaan awda tersedia, maklumat asas kenderaan akan dipaparkan pada skrin. Jika tiada, tekan  CLICK HERE” untuk mendaftar pas kenderaan sementara. Ikuti arahan dan teruskan ke langkah 7.
  5. Jika pemandu bukan pemilik kenderaan, sila kosongkan() tanda kotak semak  “Pemilik sebagai Pemandu” dan isikan butiran pemandu.
  6. Anda diberikan pilihan samada untuk mencetak atau dihantar ke emel anda. Jika anda mahu mencetak, klik Print Vehicle Pass”, jika disebaliknya, masukkan alamat emel yang sah dan klik Email Vehicle Pass”.
  7. Pas kemasukan anda akan terpapar pada skrin. Sila untuk mensahkan butiran.
  8. Pada penghujung arahan, TANDA () di kotak pengisytiharan.
  9. Klik pada butang yang aktif.
  10. Pas kemasukan awda akan muncul bersama kod QR.
  11. Anda boleh memilih sama ada screenshot Pas kemasukan atau klik "Print" untuk mendapatkan salinan kertas (hardcopy).
  12. Pas kemasukkan boleh disimpan dalam format digital dan dimuat naik ke dalam telefon pintar atau pun dicetak ke atas kertas.



Attachments