Manage PermissionsManage Permissions

Permohonan bagi Menubuhkan Ahli Lembaga Tadbir Institusi Pendidikan Swasta


Perkhidmatan ini disediakan oleh Kementerian Pendidikan bagi Penubuhan ahli lembaga tadbir Institusi Pendidikan Swasta (Formal).


Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual.

Start

Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan

  • Pengerusi hendaklah warganegara Brunei sahaja;
  • Umur ahli hendaklah berumur 25 tahun ke atas;
  • Bagi ahli yang warga asing, calon pengelola hendaklah berumur tidak melebihi enam puluh lima [65] tahun selaras dengan garis panduan daripada Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam; 
  • Peratusan (%) warganegara asing yang dilantik adalah tidak melebihi daripada 30% dari jumlah keseluruhan ahli.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

Institusi berkenaan hendaklah menghadapkan permohonan secara bersurat  dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen berikut : 

  1. Borang Registration As Governor / Director of Education Institution [First Schedule (Form B)] yang telah lengkap diisikan; 
  2. Satu salinan kad pengenalan pintar; 
  3. Satu salinan Gambar berwarna yang terbaru dalam ukuran paspot; 
  4. Dokumen ringkas mengenai tugas-tugas dan tanggungjawab ahli dalam lembaga; 
  5. Penyata A
  6. Carta organisasi Lembaga Pengelola.   
Note : 
Borang Application For Registration As Governer / Director of Educational Institution [First Schedule (Form B)] dan Penyata A boleh dimuatturun disini
Attachments