Manage PermissionsManage Permissions

Sertai Skim Tilawah Al-Quran Belia


Skim Tilawah Al-Quran Belia yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama telah diperkenalkan pada tahun 1997 dengan tujuan menghasilkan belia yang berpengalaman, berpengetahuan dan berbakat dalam membaca Al-Quran melalui penggunaan kaedah 'Tarannum' (melodi).

Perkhidmatan ini disediakan untuk belia, ibu-bapa / penjaga yang berhasrat untuk mendaftarkan anak mereka bagi menyertai Skim Tilawah Al-Quran Belia. 


Ini adalah perkhidmatan manual / kaunter.

Start

Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan

  • Islam - Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
  • Subjek bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  • Berumur diantara 12-18 tahun yang telah menerima Kad Pengenalan Pintar.
  • Menamatkan dan lulus Ujian Sijil Sekolah Ugama (Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama),
    ATAU
    Belia berminat dengan keupayaan membaca Al-Quran dan mendapat sokongan dari pengetua Sekolah Arab / Institut Tahfiz Al-Quran
    ATAU
    Belia / pelajar yang berbakat dan juga boleh membaca Al-Quran dengan fasih, lancar dan mendapat sokongan daripada guru besar sekolah ugama mereka.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

Sila dapatkan borang permohonan (Penyertaan Skim Tilawah Al-Quran Remaja) dari:

  • Sekolah Arab melalui Pengetua atau Guru Besar.
  • Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah
  • Sekolah-sekolah Ugama Kerajaan. Senarai sekolah-sekolah ugama boleh didapati di sini.
  •  Sekolah Menengah Kerajaan dan Swasta melalui ketua guru ugama
  1. Pendaftaran biasanya dibukakan dalam tempoh satu (1) bulan, pertengahan tahun untuk kemasukan tahun depan apabila sekolah yang disenaraikan di atas menerima arahan dari Pengarah Pengajian Islam.
  2.  Sila isi borang dan hantar bersama dengan borang pengesahan / sokongan daripada Pengetua Sekolah Arab atau Intitut Tahfiz Al-Quran atau Guru Besar Sekolah Ugama. Awda bolehlah menghantar borang berkenaan ke tempat yang sama seperti yang dinyatakan di atas. Awda juga perlu mempunyai dan menyediakan:
    • Satu (1) salinan kad pengenalan pintar pemohon
    • Satu (1) salinan Sijil Peraduan Menghafaz Al-Quran, jika ada.
  1. Pemohon terpilih akan dipanggil untuk temuduga pada Oktober / November (tertakluk kepada perubahan) melalui sekolah masing-masing.
  2. Pemohon yang berjaya akan diberitahu melalui sekolah masing-masing.
Attachments