Manage PermissionsManage Permissions

Menjadi Ahli Perpustakaan Awam


Perkhidmatan ini adalah untuk mereka yang berminat mendaftar sebagai ahli perpustakaan awam di Biro Bahasa & Sastera. Pendaftaran adalah percuma.

Sebagai ahli perpusatakaan, awda bolehlah meminjam buku di semua cawangan perpustakaan Biro Bahasa & Sastera di seluruh daerah. Awda juga boleh meminjam lima (5) buah buku pada satu masa selama empat belas hari (14) dan tiga (3) hari untuk kertas peperiksaan tahun lepas.

Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual.

Start

Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan

  • Mempunyai Kad Pengenalan Pintar Brunei yang sah, Sijil Kelahiran, yang berkenaan.
  • Penjamin Tempatan untuk:
    - Kanak-kanak yang belum mempunyai kad pengenalan pintar
    - Pemegang kad pengenalan ungu / hijau.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

   Prosedur Manual

  1. Sila datang ke mana-mana cawangan Perpustakaan Biro Bahasa & Sastera. Senarai cawangan boleh didapati di sini. 
  2. Sila isi borang pendaftaran yang terdapat di kaunter. Awda perlu mempunyai dan menyediakan:
    • 1 salinan Kad Pengenalan Pintar Pemohon atau  Sijil Kelahiran, yang berkenaan.
    • 1 salinan Kad Pengenalan Pintar Penjamin Tempatan, jika perlu.
  1. Pemohon perlu mengambil gambar di kaunter. Foto saiz pasport tidak diterima.
  2. Setelah mendaftar, pemohon akan diberikan kad ahlian. 
  Prosedur atas talian

  1. Klik pada butang "Start" di atas. Halaman perkhidmatan akan dibuka dalam tetingkap penyemak imbas baru.
  2. Isi borang atas talian. Diminta untuk menyertakan dokumen seperti yang dinyatakan di bawah: 
    • 1 salinan Kad Pengenalan Pintar Pemohon atau Sijil Kelahiran, yang berkenaan.
    • 1 salinan Kad Pengenalan Pintar Penjamin Tempatan, jika perlu.
    • 1 gambar ukuran paspot terkini pemohon.
  1.  Setelah berjaya didaftarkan, pemohon boleh mengambil kad keahlian di perpustakaan pilihan / pilih semasa pendaftaran.
Untuk keterangan lebih lanjut, awda layari  https://www.librarybrunei.gov.bn.
Attachments