Manage PermissionsManage Permissions

Permohonan Pendaftaran Kapal Ikan dan Perahu Pelesiran


Perkhidmatan ini adalah untuk pemilik kapal / kraf yang ingin mendaftarkan bot mereka sebagai kapal penangkap ikan dan kapal persendirian.

Ini adalah perkhidmatan manual / kaunter.


Start

Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan

Untuk Kegunaan Persendirian:
    • Pemandu mestilah mempunyai lesen kelas 9 (Terhad)
    • Satu (1) salinan Kad Pengenalan Pintar pemohon dan pemandu
    • Dua (2) keping gambar ukuran paspot berwarna bagi pemohon
    • Resit pembelian bagi bot dan enjin.
    • Bayaran Pendaftaran sebanyak B$20.00 bagi satu bot.
Untuk Kegunaan Syarikat:
    • Pemandu mestilah mempunyai lesen kelas 9 (Terhad)
    • Satu (1) salinan Kad Pengenalan Pintar pemohon dan pemandu
    • Resit pembelian bagi bot dan enjin.
    • Bayaran Pendaftaran sebanyak B$20.00 bagi satu bot.
    • Sijil Pendaftaran Syarikat
    • Borang 555 daripada Jabatan Buruh jika pemandu ialah orang asing.
    • Satu (1) salinan paspot pemandu jika dia orang asing.
    • Hendaklah mempunyai Insurans, jika perlu.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  1. Klik pada "Start", halaman perkhidmatan akan dibuka di tetingkap yang baru

  2. Muat turun dan cetak borang.

  3. Sila isi dan hantar borang bersama dokumen yang diperlukan ke:

    Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (PBMP), 
    Unit Penghantaran,
    Kementerian Perhubungan, Serasa,
    Muara BT1728,Brunei Darussalam. 

  4. Kapal awda akan diperiksa dan sila pastikan bahawa awda telah memenuhi garis panduan kapal.

  5. Permohonan awda akan mengambil masa selama 4 hari waktu bekerja untuk di proses. Awda akan dihubungi melalui surat dan / atau melalui panggilan telefon mengenai status permohonan awda.
Untuk maklumat lanjut, awda boleh datang kaunter Unit Penghantaran di Ibu Pejabat Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (PBMP) di Serasa, Muara atau hubungi di talian,  277 1347 ext 260.
Attachments