Manage PermissionsManage Permissions

Permohonan Jawatan Kosong di Sektor Kerajaan (PSC Recruitment System)


Perkhidmatan ini disediakan oleh Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) , Jabatan Perdana Menteri sebagai perantaraan berasaskan laman sesawang yang menyediakan permohonan jawatan atas talian bagi pemohon yang berhasrat memohon jawatan kosong yang terdapat di perkhidmatan awam. 

Start

Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan 

  • Orang awam, Pegawai dan kakitangan kerajaan Brunei Darussalam. 
  • Kad Pengenalan Pintar yang sah.

Syarat / Kriteria Penggunaan Perkhidmatan atas Talian

  1. Telah mendaftar dan mengaktifkan akaun e-Darussalam. Klik di sini untuk mendaftar atau klik di sini untuk mendapatkan maklumat mengenai pengaktifan akaun e-darussalam.
  2. Mempunyai e-mel yang aktif.

Cara menggunakan Perkhidmatan ini

  1. Layari Portal PSCR atau klik pada butang “Start” di atas. 
  2. Klik "Sign in" di bahagian atas kanan halaman utama dan masukkan akaun E-Darussalam.
  3. Pada halaman Pengesahan E-mel, isikan alamat e-mel pilihan awda di ruang yang disediakan dan klik "Submit". Awda akan menerima e-mel dengan pautan pengesahan.
  4. Sila buat pengesahan alamat e-mel awda dalam tempoh 24 jam dengan klik pada pautan pengesahan. Kemudian awda akan diarahkan untuk kembali ke portal PSC.
  5. Sila ikuti arahan di halaman dan mulakan membina profil awda. Butiran awda perlu dilengkapkan terlebih dahulu sebelum awda memohon jawatan kosong.
  6. Semak imbas atau cari kekosongan jawatan.
  7. Klik 'Apply'. Nota: You will need to scroll the horizontal bar to the right of the table displayed.

Untuk maklumat lebih lanjut, panduan boleh didapati di bahagian 'Quicklinks' dan 'FAQ' di portal Pengambilan PSC.
Attachments