Pendidikan (IBTE) adalah sebuah institusi pendidikan lanjutan menengah yang menyediakan pendidikan teknikal dan vokasional di Negara Brunei Darussalam.
Perkhidmatan ini membolehkan lepasan sekolah menengah untuk memohon di IBTE bagi melanjutkan pelajaran mereka. Kementerian Pendidikan menyediakan perkhidmatan atas talian melalui sistem 'Technical Vocational Education Central Admission System' (TVECAS)
Pengambilan utama bagi IBTE (pengambilan bulan Julai) yang merangkumi kebanyakan program (seperti yang disenaraikan di https://ibte.edu.bn/prospectus). Aplikasi untuk pengambilan ini biasanya dibuka pada bulan Februari. Walau bagaimanapun, terdapat juga program lain yang akan dibuka secara berasingan bergantung kepada permintaan industri.