Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Jabatan Buruh dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi permohonan tambahan bagi lesen Perkhidmatan Rumahtangga Persendirian.
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual
Start
Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan
- Warganegara Brunei atau Penduduk Tetap / Asing.
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
- Borang Permohonan boleh di muat turun disini.
- Borang yang telah lengkap di isi hendaklah di hantar ke Tingkat Bawah, Kaunter Perkhidmatan Jabatan Buruh.
- Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
- Salinan asal lesen menggambil dan menggaji pekerja-pekerja asing
- Salinan sah kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan slip gaji terkini pemohon
- Borang butiran kewangan yang lengkap (BUR300)
- Surat menerangkan keperluan tambahan
- Salinan surat kebenaran untuk pesara
- Salinan kad pengenalan ibu / bapa / ibu mertua / bapa mertua sekiranya permohonan lesen ini adalah dimaksudkan untuk kes yang disebutkan di sini (Kebenaran Khas)
- Salina slip gaji terkini pasangan (jika diperlukan untuk meyokong permohonan)
- Salinan sijil kelahiran dan / atau kad pengenalan untuk kanak-kanak atau ahli keluarga lain yang tinggal di rumah yang sama
- 2 salinan Borang Pengecualian (jika berkenaan)
- Dokumen Tambahan Permohonan Warga Asing :
- Salinan kontrak perkhidmatan atau surat tawaran dari Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
- Salinan kontrak perkhidmatan antara pemohon dan majikan yang disahkan oleh Pesuruhjaya atau Jabatan Buruh
- Cadangan Pas Kerja yang diluluskan (BUR500 / 555) oleh Jabatan Buruh.