​Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya dibawah Kementerian Pembangunan bagi cadangan kemajuan bangunan/rumah baru dan sedia ada untuk disambungkan ke sistem pembetungan berpusat.
Ini adalah perkhidmatan kaunter manual dan atas talian
Start
Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan
- Orang yang berkelayakan (QP) hendaklah memperolehi surat kebenaran awal untuk penyambungan pembetungan dan kelulusan lukisan rekabentuk kemajuan daripada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
Prosedur Manual
- Isi borang Permohonan penebukkan dinding lurang / membina lurang baru di atas saluran paip pembetungan Kerajaan dengan menyertakan dokumen berikut :
- Salinan Lukisan Rekabentuk Pembetungan yang telah disahkan oleh pihak ABCi.
- Salinan laporan 'Water Tightness and Light Tests' yang telah disahkan oleh QP bagi sistem pembetungan di dalam kawasan tapak yang dimajukan.
- Hantar borang ke Unit Kawalan Kemajuan (Pembetungan).
Prosedur atas Talian
- Dapatkan borang
disini.
- Isi borang dan hantar melalui emel ke dcu.dds@pwd.gov.bn dengan melampirkan dokumen berikut :
- Lukisan susunatur bangunan/rumah
- Peta pelan ukur RSO
- Pelan lukisan pembetungan yang diluluskan oleh pihak ABCi.