Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Bahagian Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN). Pengunaan Logo dan Lambang adalah di bawah Akta Lambang-lambang dan Nama-nama (Pencegahan Penggunaan Yang Salah), 1967. Semua permohonan diproses dengan kerjasama Peguam Negara, Pesuruhjaya Polis dan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara. Kuasa untuk memberikan kebenaran bagi penggunaan Logo/Lambang-Lambang adalah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di bawah Akta Penggunaan Nama-Nama/Lambang-Lambang (Pencegahan Penggunaan Yang Salah) 1967.
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual
Start
Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan
- Pemohon hendaklah terdiri daripada Warganegara, Syarikat-Syarikat, Peniaga.
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
- Dapatkan borang permohonan di kaunter Bahagian Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan, KHEDN, atau muat turun borang disini.
- Borang permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap dan dihantar terus ke kaunter Bahagian Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan, KHEDN tidak kurang tiga (3) bulan sebelum cadangan tarikh menggunakan logo.
- Dokumen-dokumen yang diperlukan :
- Salinan Kad Pintar Pemohon
- Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan/Syarikat/Pertubuhan
- Contoh Logo/Lambang dalam 4 salinan asal berserta tafsiran
- Surat mengenai penggunaan tulisan JAWI daripada Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Surat pengesahan daripada DBP sama ada logo tersebut betul dan teratur.