Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Swasta dibawah Kementerian Pendidikan bagi pendaftaran persatuan ibu-bapa dan guru yang mana ahli Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) adalah terdiri daripada :
- Semua guru di sekolah berkenaan.
- Semua ibu-bapa / penjaga murid di sekolah berkenaan.
- Guru Besar atau Pengetua sekolah berkenaan selaku ahli 'ex-officio' dan juga selaku Penasihat Persatuan.
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual
Start
Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan
- Kewajipan menubuhkan PIBG terletak pada guru besar atau pengetua.
- PIBG dikehendaki mempunyai perlembagaannya sendiri bagi tujuan pengurusan.
- Pengurusan PIBG hendaklah dikendalikan oleh satu jawatankuasa mengikut perlembagaan PIBG.
- Ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih dari 15 orang yang dipilih dalam mesyuarat agung tahunan PIBG.
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
- Melengkapkan borang Application for Registration of a Parent-Teacher Association (PTA) [First Schedule].
- Menyerahkan deraf perlembagaan PIBG yang mengandungi perkara-perkara yang ditetapkan di dalam borang Matter which are Necessary in the Constitution of PTA [Second Schedule].
- Senarai ahli-ahli baru PIBG mengikut sesi.
- Keterangan peribadi ahli-ahli yang dilantik.
- Salinan kad pengenalan ahli-ahli yang dilantik.