Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dibawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi permohonan berikut :
- Untuk mengawal serangan khinzir hutan pada kawasan ladang.
- Memastikan supaya aktiviti meracun khinzir hutan dimaklumkan bagi aspek keselamatan penghuni-penghuni di kawasan yang mengadakan gerakan meracun khinzir hutan tersebut.
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual
Start
Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan
- Pendaftaran dengan Jabatan
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
- Peladang berdaftar mengisi borang permohonan yang disediakan di Unit Pengembangan Pertanian (UPP) di daerah masing-masing dan disahkan oleh Ketua Kampung.
- UPP akan menyelidiki kesesuaian kawasan yang dipohonkan bagi aktiviti tersebut.
- Jika permohonan lulus, UPP akan menghantar borang kepada Unit Perlindungan Tanaman (UPT) bagi pemprosesan selanjutnya.
- UPT akan menyediakan persuratan kepada pemohon / Ketua Kampong/ Media Massa mengenai tarikh dan tempat gerakan meracun khinzir tersebut.