Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan dibawah Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual
Start
Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan
- Pemohon hendaklah mempunyai Lisen mengambil Hasil Hutan FORM 1 atau FORM 3 yang masih sah.
- Menyertakan salinan sokongan Pas Kerja BUR555 dan Borang 500 dari Jabatan Buruh serta salinan paspot/IC dan surat penyambungan lisen FORM 1 atau FORM 3 daru Unit Perkilangan Papan.
Pembayaran :
- $2.00 - Sbb-Lisen bagi seorang
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
- Menerima borang permohonan di kaunter daripada pemohon. Borang Permohonan boleh di muat turun disini.
- Meneliti pra-permohonan sama ada lengkap atau sebaliknya. Borang permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada pemohon. Permohonan yang lengkap akan di proses selanjutnya.
- Ketua Unit Permit & Lisen mengesahkan dan menyokong permohonan untuk kebenaran Pengarah.
- Permohonan ditandatangani oleh Direktorat untuk kebenaran.
- Menghubungi pemohon dan diminta untuk membuat permohonan secara Online.
- Menyediakan surat dan Sub-Lisen yang dicop JPH.
- Menghadapkan surat kebenaran dan Sub-Lisen kepada Direktorat untuk ditandatangani.