Perkhidmatan ini disediakan oleh Jabatan Perhutanan dibawah Kementerian Sumber-Sumber dan Pelancongan.
Lesen ini adalah bagi kebenaran untuk mengambil hasil hutan dengan syarat-syarat tertentu.
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual
Start
Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan
-
Pemohon hendaklah warganegara Brunei atau Penduduk Tetap.
-
Hasil hutan tidak boleh diniagakan.
-
Lesen hanya diberikan selepas semua syarat dipenuhi.
- Pemohon mesti menyatakan jumlah banyak dan jenis hasil hutan yang diambil.
- Pemohon hendaklah membayar cukai dan yuran perkhidmatan sebelum lesen Form 2 dikeluarkan.
- Lesen hanya sah selama satu (1) Bulan.
Pembayaran Pendaftaran :
- Jumlah cukai tertakluk kepada jenis hasil hutan
- $10.00 (bayaran yuran perkhidmatan bagi setiap permohonan)
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
- Menerima dan meneliti borang permohonan di kaunter daripada pemohon (Borang yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada pemohon). Borang Permohonan boleh di muat turun disini.
- Pemeriksaan dibuat dilapangan untuk kiraan cukai.
- KIraan cukai disemak dan disahkan oleh Ketua Cawangan Unit Perkilangan Papan.
- Permohonan disemak bagi sokongan Ketua Unit Permit dan Lesen.
- Permohonan dibenarkan oleh Pengarah Perhutanan.
- Kerja membuat cop arrow atau cop jelas dijalankan oleh Unit Perkilangan Papan.