Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dibawah Kementerian Pembangunan.
Seperti yang dinyatakan dalam Environmental Protection and Management Order (EPMO), 2016, adalah menjadi kewajipan tiap-tiap individu ataupun pemohon, yang bercadang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan seperti mana yang dinyatakan dalam First Schedule, untuk mengemukakan Pemberitahuan Secara Bertulis kepada pihak berkuasa sebelum menjalankan apa-apa aktiviiti itu.
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual.
Start
Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan
- Orang awam / Syarikat / Organisasi tidak bolih menjalankan apa-apa aktiviti yang ditetapkan sehingga mereka menerima maklum balas / kebenaran daripada pihak berkuasa.
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
- Langkah 1 :
- Layari www.env.gov.bn
- Klik pada ikon WRITTEN NOTIFICATION
- Muat turun kedua-dua dokumen :
- Isikan Second Schedule dan gunakan First Schedule sebagai rujukan.
- Lampirkan dokumen-dokumen yang berkenaan
- Dokumen EPMO Content Matrix Template yang telah lengkap diisi berserta dokumen berkaitan bolih samada :
- Dihantar ke :
Jabatan ALam Sekitar, Taman dan Rekreasi,
Kementerian Pembangunan, Bangunan Tumasek Plaza,
Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
BA 2111, Brunei Darussalam.
- ATAU
- Emel Ke :
- epmo.notification@env.gov.bn
- Langkah 2 :
- Tunggu maklum balas daripada abatan ALam Sekitar, Taman dan Rekreasi.