Perkhidmatan ini disediakan oleh Kementerian Pendidikan bagi Penubuhan ahli lembaga tadbir Institusi
Pendidikan Swasta (Formal).
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual.
Start
Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan
- Pengerusi hendaklah warganegara Brunei sahaja;
- Umur ahli hendaklah berumur 25 tahun ke atas;
- Bagi ahli yang warga asing, calon pengelola
hendaklah berumur tidak melebihi enam puluh lima [65] tahun selaras dengan
garis panduan daripada Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
Negara Brunei Darussalam;
- Peratusan
(%) warganegara asing yang dilantik adalah tidak melebihi daripada 30% dari jumlah keseluruhan ahli.
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
Institusi berkenaan hendaklah menghadapkan permohonan secara bersurat dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen
berikut :
- Borang Registration As Governor / Director of Education Institution [First Schedule (Form B)] yang telah lengkap diisikan;
- Satu salinan kad pengenalan pintar;
- Satu salinan Gambar berwarna yang terbaru dalam ukuran
paspot;
- Dokumen ringkas mengenai tugas-tugas dan tanggungjawab ahli
dalam lembaga;
- Penyata A;
- Carta organisasi Lembaga Pengelola.
Note :
Borang
Application For Registration As Governer / Director of Educational Institution [First Schedule (Form B)] dan Penyata A boleh dimuatturun
disini