Pendaftaran bagi menubuhkan institusi pendidikan swasta di Negara Brunei Darussalam
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual.
Start
Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan
- Institusi Pendidikan Swasta yang Resmi (Formal):
- Dibukakan kepada warganegara Brunei sahaja;
- Berusia 18 tahun ke atas;
- Tidak mempunyai rekod muflis.
- Institusi Pendidikan Swasta yang Tidak Resmi (Non-Formal):
- Dibukakan kepada warganegara Brunei dan penduduk tetap sahaja;
- Berusia 18 tahun ke atas;
- Tidak mempunyai rekod muflis.
Yuran
- Institusi Pendidikan Swasta yang Resmi (Formal):
Jenis Bayaran Pendaftaran Baru
Tadika $200.00
Rendah $300.00
Menengah $300.00
Kolej $300.00
- Institusi Pendidikan Swasta yang Tidak Resmi (Non-Formal):
Bayaran Pendaftaran Baru : $400.00
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
Institusi berkenaan hendaklah menghadapkan permohonan secara bersurat dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen berikut :
- Borang Permohonan Penubuhan Baru Institusi
Pendidikan Swasta [First Schedule (Form A)];
- Kad Pengenalan Pintar Pemohon;
- Kad Pengenalan Pengurus;
- Sijil Kelulusan Tertinggi Pemohon;
- Sijil Kelulusan Tertinggi Pengurus;
- Gambar 4 penjuru Luar bangunan / premis termasuk
tempat letak kereta dan jalan keluar masuk (access
road) ke bangunan berkenaan;
- Pelan Lokasi Premis;
- Pelan Bangunan Asal;
- Pelan Lantai (Floor Plan) / Tapak Premis (Premise
site);
- Geran Syarat Tanah;
- Sijil Kesiapan (Occupational Permit) (OP) Bangunan / Premis asal;
- Penyata sumber modal atau penyata kewangan 3
tahun;
- Surat kebenaran daripada majikan pemohon bagi
yang masih bekerja (Kerajaan / swasta).
Nota :
Borang
Registration of Educational Institution [First Schedule (Form A)] boleh didapati dialamat berikut :
Kementerian Pendidikan
Jalan Aiport Lama, Berakas BB3510
Negara Brunei Darussalam.