Di bawah 'Compulsory Religious Education Order 2012', Pendidikan ugama wajib dipelajari bagi anak-anak yang berumur dari 7 hingga 8 tahun. Ibu bapa yang berugama islam mesti memastikan anak-anak mereka didaftarkan di sekolah ugama.
Perkhidmatan ini adalah bagi ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka permulaan ke sekolah ugama kerajaan.
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual.
Start
Syarat / Kriteria Am Perkhidmatan
- Kanak-kanak berumur 7 tahun, dilahirkan antara 1 April dan 31 Mac.
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
- Sila datang ke sekolah ugama kerajaan pilihan awda dan dapatkan borang permohonan SRK (Sekolah Rendah) atau SRS (Sekolah Swasta / sekolah swasta). Senarai sekolah ugama boleh didapati di sini.
- Isi borang dan sila kembalikan ke sekolah yang dipilih. Awda perlu mempunyai dan menyediakan:
- Dua (2) salinan sijil kelahiran pemohon
- Dua (2) salinan kad pengenalan pintar ibu bapa / penjaga
- Empat (4) keping gambar ukuran paspot pemohon
- Pendaftaran ke kelas pra-ugama di Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong dan Sekolah Ugama Antarabangsa Brunei bermula pada permulaan tahun akademik sekolah.