Kerajaan Brunei Darussalam memastikan kesejahteraan warganegara dan penduduk-penduduk Brunei, sama ada dengan menyediakan bantuan dan peluang-peluang untuk golongan kurang bernasib baik, atau untuk menguatkuasakan dasar kerajaan untuk perlindungan semua. Kerajaan sentiasa bertindak untuk memperbaiki kualiti perkhidmatannya.
Pekerja-pekerja Kerajaan boleh menerima pelbagai perkhidmatan untuk perkembangan profesional mereka, seperti latihan dan ujian-ujian yang membolehkan penaikan pangkat. Perkhidmatan juga boleh didapati untuk menolong perlaksanaan tugas-tugas, sama ada tugas-tugas pentadbiran sehari-hari, atau tugas-tugas yang ikut keperluan.
Pada e-Darussalam, awda boleh dapati e-perkhidmatan dan borang-borang untuk muat turun.