1. Pembayaran secara online menggunakan kad kredit
Log masuk untuk melihat dan membayar bil letrik awda dengan menggunakan kad kredit. Awda boleh juga melihat pembayaran yang lalu.
2. Pembayaran melalui cawangan DES
Pembayaran boleh dilakukan melalui mana-mana cawangan DES dengan menggunakan wang tunai, cek atau kad kredit.
Sila ambil maklum:
- Bil letrik boleh dibayar dengan wang tunai, cek atau kad kredit.
- Kredit Pra Bayar meter boleh dibayar dengan wang tunai atau kad kredit.
- Perkhidmatan lain boleh dibayar dengan wang tunai atau cek.
3. Pembayaran melalui kemudahan yang disediakan oleh bank-bank
Pembayaran secara online bolehlah dibuat melalui:
- Perbankan Internet
- Mesin ATM
- Mesin Deposit Cek
- Mesin Deposit Wang Tunai
- Perbankan Telefon
- Kaunter Bank
Untuk maklumat lanjut mengenai kaedah-kaedah pembayaran bagi setiap bank, sila hubungi bank awda. Bank-bank yang terlibat adalah HSBC, Standard Chartered Bank, Baiduri dan BIDB.