BUDAYA
Budaya Brunei berasal daripada Rumpun Melayu Lama, sebuah kawasan yang merangkumi kepulauan melayu dan ianya dikenali sebagai Temadun Melayu . Budaya Brunei melambangkan bahasa ibunda, senibina, adat istiadat dan budaya kehidupan seharian.
Rakyat Brunei didominasi oleh bangsa Melayu, walaupun bangsa Cina, India dan suku kaum Borneo menambahkan “keceriaan” bangsa Brunei. Agama Islam diwarisi kepada budaya moden sehingga menjadi cara hidup dan pegangan ideologi dan falsafah Negara.
Falsafah Melayu Islam Beraja merupakan falsafah kebangsaan Brunei yang menggabungkan budaya Melayu dengan ajaran Islam serta hormat menghormati diantara pemimpin dan rakyat.
SUKAN
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sentiasa mempromosi sukan di sekolah-sekolah dan kelab sukan dan waktu perayaan. Bola sepak adalah sukan yang sangat terkenal dan digemari ramai di Negara ini. Bulu tangkis, bola jaring, tenis, kapal layar, sukan bermotor dan golf juga digemari ramai. Stadium Hassanal Bolkiah yang boleh menampung 35,000 tempat duduk adalah kemudahan utama yang terdapat di kompleks sukan serbaguna di ibukota. Kolam renang awam juga terdapat di Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah dan Kompleks Sukan Mumong di Kuala Belait.
Sukan dan permainan tradisional di Negara ini termasuk silat merupakan seni pertahanan diri; sepak takraw sejenis permainan yang menggunakan bola rotan; dan permainan gasing.