Skip Ribbon Commands
Skip to main content
   
Kategori
Pekerjaan dan Latihan Profesional
 
Institut Perkhidmatan Awam (IPA) atau Civil Service Institute, merupakan latihan agensi  kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyediakan latihan dan konsultasi  bagi pegawai-pegawai Kerajaan dan sektor swasta. IPA juga menawarkan kursus jangka pendek, kemaskini dan melaksanakan program latihan jika diperlukan.
 
Pembangunan dan kebajikan pegawai-pegawai Kerajaan dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Public Services Department.
 
Walaupun peratus rakyat Brunei yang bekerja di sektor Kerajaan adalah tinggi, Kerajaan terus mempromosi pekerjaan di sektor swasta bagi rakyat tempatan. Satu contoh adalah 'Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK)' di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang bukan hanya mendaftarkan pencari-pencari kerja tempatan dan mengiklankan jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan oleh sektor swasta, tetapi juga menguruskan program khas bagi graduan pencari kerja dan lepasan sekolah serta menyediakan latihan dan kursus dengan kerjasama sektor swasta.