Skip Ribbon Commands
Skip to main content
   
Kategori
Pendidikan
 
Pendidikan di Negara ini adalah percuma bagi semua rakyat Brunei. Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas diberi pendidikan percuma di sekolah Kerajaan. Kemudahan termasuk kelas tambahan, buku teks, bekalan, makanan, pengangkutan dan penginapan bagi penuntut yang tinggal jauh dari sekolah diberi secara percuma oleh Kerajaan. Bagi penduduk luar hanya perlu membayar yuran bagi kelas tambahan sekolah menengah.
 
Kementerian Pendidikan menyediakan minima 12 tahun pendidikan. Ini termasuk 7 tahun persekolahan peringkat bawah (termasuk 1 tahun di sekolah pra) dan 5 tahun di sekolah menengah. Setelah itu, penuntut bolehlah meneruskan pengajian ke peringkat menengah atas dan institusi tertinggi. Universiti Brunei Darussalam (UBD) adalah universiti pertama, diikuti dengan Institut Teknologi Brunei (ITB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Kementerian Pendidikan juga menganugerahkan biasiswa kepada penuntut yang berkelayakkan, memberi peluang  kepada penuntut tempatan untuk meneruskan pengajian ke luar negeri.
 
SPN 21 atau Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 telah diperkenalkan baru-baru ini. Sistem Pendidikan Kebangsaan bagi abad ke-21 telah dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan. Ia bertujuan untuk membekalkan penuntut-penuntut dengan “kemahiran Abad 21” sehingga dapat memenuhi cabaran social dan ekonomi abad 21.
        
Sila layari laman web Kementerian Pendidikan bagi keterangan lebih lanjut.