Skip Ribbon Commands
Skip to main content
 
 
Soalan Lazim Mengenai Pendaftaran Akaun
Soalan
Jawapan

Adakah saya perlu mendaftar diri dengan e-darussalam?

Untuk melayari kandungan laman web e-darussalam:

  • Awda tidak perlu untuk mendaftar akaun dengan e-darussalam.

Untuk menggunakan e-Perkhidmatan:

  • Sesetengah e-perkhidmatan memerlukan log masuk e-darussalam, awda adalah diperlukan mendaftar SEKALI dengan e-darussalam.
  • Sesetengah e-perkhidmatan tidak memerlukan log mausk e-darussalam atau pedaftaran.
  • Bagi kedua-dua jenis e-perkhidmatan, awda berkemungkinan atau tidak berkemungkinan diperlukan untuk mendaftar dengan agensi Kerajaan yang berkaitan.

 

Bagaimanakah saya mendapatkan log-masuk e-darussalam?

Terdapat 3 langkah yang diperlukan:

 

Langkah​ Keterangan
1. Daftar​​

2. Aktifkan​​
3. Dapatkan kata laluan​​

 

Bagaimanakah saya mengisi borang pendaftaran?

Langkah 1: Isikan butir-butir yang diperlukan

Enter details into e-darussalam Registration Form
Butir-butir Peribadi
Butir-butir Perhubungan
Soalan Peribadi dan Jawapan
 

Langkah 2: Prebiu sebelum menghadapkan borang

Selepas klik "Next", awda akan kehendaki untuk mengesahkan butir-butir yang telah awda isikan.
 
Confirmation page for e-darussalam Registration Form
Sila pastikan perkara-perkara berikut sebelum mengklik "Submit":
  • Alamat emel awda adalah betul, jika tidak awda tidak akan menerima sebarang emel  dari e-darussalam, termasuk kata laluan awda. 
  • No talipon awda adalah betul, jika tidak pihak kami tidak akan dapat menghubungi awda jika terdapat sebarang masalah dengan akaun e-darussalam awda.
 
Kata laluan awda tidak akan dikeluarkan selepas melengkapkan pendaftaran. Ia hanya akan dikeluarkan selepas mengaktifkan akaun awda. (Sila lihat: Bagaimanakah mengaktifkan akaun e-darussalam saya?)

 

Masalah: Saya tidak mempunyai alamat emel. Bolehkah saya masih mendaftar dengan e-darussalam?

Tidak, alamat emel adalah diperlukan, kerana kata laluan akan dihantar ke emel awda dan hanya akan dapat diterima disana.

Jika awda tidak mempunyai alamat emel, awda bolehlah mendapatkan nya secara percuma, contohnya:

  • dari perkhidmatan webmail yang terdapat dalam senarai ini, atau
  • menggunakan enjin carian dengan terma-terma carian "free webmail" atau "free e-mail".

(Perkhidmatan webmail yang mungkin awda perolehi dari senarai diatas atau terma-terma carian tidak diberi "endorsements" (sokongan) oleh Kerajaan. Pendaftaran awda dengan perkhidmatan ini adalah mengikut budi bicara dan risiko awda sendiri.)

Bagaimana mengisi nombor kad pengenalan, nama penuh dan alamat emel dalam borang pendaftaran? Mengapa butir-butir ini diperlukan?​

 

 
​Butir-butir yang dimasukkan Nota bagi memasukkan butir-butir yang dimasukkan​ Mengapa diperlukan?
No kad pengenalan
* Butiran ini adalah mandatori
  • Gunakan format 00123456 (tidak termasuk sempang "-“)
  • Kad pengenalan berwarna kuning, hijau dan ungu adalah diterima.​
  • Untuk mengaktifkan akaun selepas pendaftaran, awda diperlukan untuk menunjukkan kad pengenalan awda dikaunter yang telah diberi kuasa.
  • E-perkhidmatan yang akan datang akan juga didaftarkan dalam nombor kad pengenalan awda. ​
Nama Penuh
* Butiran ini adalah mandatori
  • Apabila mengaktifkan akaun awda, nama dalam kad pengenalan awda akan disemak dengan nama yang terdapat diborang pendaftaran.​
Alamat emel​
* Butiran ini adalah mandatori
  • Tidak kira samada alamat emel ini adalah emel pejabat atau alamat emel peribadi
  • Tidak kira alamat emel kepunyaan pasangan atau keluarga, asalkan awda mempunyai akses untuk menerima emel.
  • Sila lihat: Saya tidak mempunyai alamat emel.​
  • Kata laluan bagi akaun e-darussalam awda hanya akan dapat diterima melalui emel.
  • Sila pastikan alamat emel awda dimasukkan  dengan betul.​
 

 

Bagaimana saya mengisi nombor talipon dalam borang pendaftaran? Mengapa butir-butir ini diperlukan?​

 

Butir-butir yang dimasukkan​

Nota bagi memasukkan butir-butir yang diperlukan​

Mengapa diperlukan?
 
Nombor Talipon Bimbit​
* Butiran ini adalah 
mandatori
  • Gunakan  format +673xxxxxxx (contoh: +6738222222)​
  • Pada masa akan datang, perkhidmatan mudah alih dan perkhidmatan pesanan ringkas SMS boleh digunakan dengan  nombor talipon yang diberikan disini.
  • Nombor Talipon Rumah
  • Nombor Talipon Pejabat​
  • Gunakan format +673xxxxxxx (e.g. +6732222222)​
  • Nombor talipon tambahan membolehkan kami menghubungi awda mengenai akaun e-darussalam jika diperlukan.
 

Bagaimana saya mengisi Soalan dan Jawapan Peribadi pada borang pendaftaran? Mengapa ianya diperlukan?​

 

 
Butir-butir yang dimasukkan​ Nota bagi Memasukkan Butir-Butir Yang Diperlukan​ Mengapa diperlukan?
Soalan Peribadi​
* Butiran ini adalah mandatori
Contoh:
  • "Siapa kah hero zaman kanak-kanak awda?"
  • Soalan Peribadi ini akan dipaparkan jika awda menggunakan kemudahan "Forget Password"
 
Soalan Peribadi​
* Butiran ini adalah mandatori
  • Jawapan pada soalan peribadi.
  • Hanya awda yang tahu jawapan pada soalan peribadi.

Contoh:

  • "Teacher Lin and Princess Diana"
  • Jika awda menggunakan kemudahan "Forget Password", Jawapan Peribadi awda mesti lah sama dengan apa yang awda masukkan disini.
 
Garis panduan bagi soalan dan jawapan keselamatan yang baik (Sumber: Good Security Questions):
 
Jawapan pada soalan keselamatan yang baik:
  1. tidak mudah diteka dan diselidik (selamat)
  2. tidak ada perubahan dari semasa kesemasa (stabil)
  3. dapat di ingati
  4. muktamad dan mudah.