Skip Ribbon Commands
Skip to main content
 
 
Soalan Lazim Mengenai Log-Masuk & Kata Laluan (Password)
Soalan
Jawapan
Masalah: Saya menghadapi kesulitan masuk ke dalam e-perkhidmatan.

Adakah awda sudah menukar kata laluan awda?

Jika awda menerima mesej berikut:

Access to this user account is temporarily denied due to repeated failed attempts. Please try again later.

Please wait...

Jika ini tidak membantu awda, sila hubungi Talian Perkhidamatan.

Bagaimana mendapatkan kata laluan saya?

Jika awda telah mengaktifkan akaun e-darussalam awda, kata laluan awda telah di hantar ke alamat emel yang awda gunakan semasa pendaftaran.

Sila lihat:

Berapa panjang kata laluan saya dan apakah character yang boleh saya gunakan?

  • Minima 8 characters
  • Sekurang-kurangnya 1 character alphanumeric (i.e. A-Z, 0-9)
  • Sekurang-kurangnya 1 character  khas (seperti. !@#$%^&*)

Bagaimanakah saya masuk ke e-darussalam?

1. Pilih e-perkhidmatan

a) Layari services.gov.bn atau Senarai e-Perkhidmatan

Pilih e-perkhidmatan dengan logo ini:
Klik imej "Apply Online":
Apply Online
 

b) Pilih  Semua Kategori, atau masuk ke  utama, bisnes, kerajaan atau pelawat

Pilih e-perkhidmatan, dan klik untuk mempapar halaman.
Jika log-masuk dengan e-darussalam dapat digunakan (bertanda hijau), klik imej "Apply Online" seperti dibawah:
Apply Online
 

2. Log masuk

Awda akan dibawa ke halaman log masuk e-darussalam.
 
Awda boleh masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan awda.
 
Jika berjaya, awda akan dibawa ke e-perkhidmatan.
 
Sila lihat:

Bagaimana skrin log masuk tertera bagi e-darussalam?

 

Skrin log-masuk bagi e-darussalam akan tertera seperti salah satu yang terpapar dibawah ini:

Log-in Screen 1
Log-in Screen 1
Awda boleh menggunakan no kad pengenalan awda dan kata laluan e-darussalam bagi kedua-dua jenis skrin log-masuk ini.
 
Sila lihat:

Masalah: Saya tidak dapat menukar kata laluan e-darussalam saya.

Apabila menggunakan borang “Change Password”, sila pastikan perkara-perkara berikut:

  • Memasukkan nombor kad pengenalan yang betul
  • Kata Laluan semasa telah didaftar. Adalah disarankan supaya kata laluan yang diemel kepada awda disalin dan dimasukkan (copy and paste) ke dalam ruang kotak Kata Laluan Semasa. Emel berkenaan hendaklah emel yang terkini dengan tajuk:
    • "e-darussalam: Change Password Notification" (Jika awda telah menukar kata laluan sebelum ini), ATAU
    • "e-darussalam: Account Activation Notification" (Jika awda baru sahaja mengaktifkan akaun awda). 

 

Jika awda masih menghadapi masalah, sila hubungi Talian Perkhidmatan ditalian +673-2424959 atau helpdesk@egc.gov.bn, dengan menyediakan no kad pengenalan awda, nama penuh dan butir-butir perhubungan.

 

e-perkhidmatan manakah yang memerlukan saya untuk menggunakan log-masuk e-darussalam?

Layari services.gov.bn atau Senarai e-Perkhidmatan

Cari ikon ini:
Perkhidmatan yang bertanda seperti ikon diatas adalah menggunakan log masuk e-darussalam.

 

Adakah saya perlu menukar kata laluan saya bagi log masuk kali pertama?

Ya. Awda perlu menukar kata laluan sebelum masuk kali pertama.

Klik ikon dibawah untuk menukar kata laluan awda:
Change Password

 

Bagaimana mengubah kata laluan saya?

Layari services.gov.bn

Klik  “Change Password” atau ikon dibawah:

Change Password

 

Apa yang perlu saya lakukan jika saya terlupa kata laluan saya?​

Sila lihat emel berkenaan yang terkini dengan tajuk “e-darussalam: Password Reset Notification”.  Emel ini mengandungi kata laluan baru awda.

Jika awda tidak menerima emel tersebut, awda bolehlah mencuba kaedah 1 atau 2 bagi memperbetulkan semula kata laluan awda.
 
Jika awda tidak pernah menerima sebarang emel yang mengandungi kata laluan awda, sila lihat “Saya tidak pernah menerima sebarang emel dari e-darussalam.”
 
Kaedah 1:
Layari services.gov.bn
 
Klik pada “Lupa Kata Laluan
 
Awda akan diminta untuk memasukkan:
• Nombor kad pengenalan awda
• Alamat emel yang awda gunakan semasa pendaftaran

Awda akan diminta untuk memasukkan jawapan bagi soalan peribadi awda.
 
Setelah awda berjaya memasukkan maklumat yang betul, kata laluan awda akan diperbetulkan semula.
 
Kaedah 2:
Sila hubungi Talian Perkhidmatan ditalian +673-2424959.
 
Awda akan diminta untuk mengesahkan maklumat peribadi awda termasuk Soalan dan Jawapan Peribadi awda.

 

 
Setelah awda berjaya memasukkan maklumat yang betul, kata laluan awda akan diperbetulkan semula.
 
Awda akan menerima emel dengan tajuk "e-darussalam: Password Reset Notification".  Emel ini mengandungi kata laluan baru awda.

 

Adalah disarankan supaya menukar kata laluan ini dengan kata laluan yang mudah awda ingati.  Awda bolehlah menukarnya melalui borang “Tukar Kata Laluan”.

Sila lihat folder “Junk Mail” awda:

  • Emel akan dihantar daripada e-darussalam@egc.gov.bn dan kadang kala tersimpan di folder "junk mail".
  • Pastikan awda telah menggunakan alamat emel yang awda gunakan semasa pendaftaran.
Jika emel tidak terdapat didalam folder “Junk Mail” awda, sila hubungi Talian perkhidmatan +673-2424959 atau hantar emel kepada helpdesk@egc.gov.bn ir-dengan menggunakan nombor kad pengenalan awda, nama penuh dan butir-butir perhubungan.
  • Awda akan diminta untuk mengesahkan bahawa alamat emel yang awda gunakan bagi pendaftaran adalah betul dan sah.
  • Jika alamat emel tidak betul, alamat emel awda akan dikemaskini melalui talian perkhidmatan.
  • Jika awda mahu, awda boleh lah meminta bantuan dari Talian Perkhidmatan untuk mengeluarkan kata laluan baru awda. Ini akan dihantar ke alamat emel awda.