Skip Ribbon Commands
Skip to main content
 
 
Soalan Lazim Mengenai Pengaktifan Akaun
Soalan
Jawapan

Bagaimana saya mengaktifkan akaun e-darussalam saya?

Untuk mengaktifkan, awda mestilah telah:

  1. Mendaftar secara online DAN
  2. Menerima emel pemberitahuan dari e-darussalam@egc.gov.bn.

Sila kunjungi mana-mana kaunter-kaunter Kerajaan yang telah diberikuasa, dan ambil perhatian tentang kaunter mana yang patut dikunjungi dan dokumen-dokumen yang patut dibawa.

Setelah pengaktifan berjaya dibuat, kata laluan awda akan dihantar ke alamat emel yang awda gunakan semasa pendaftaran.

 

Kaunter mana yang perlu saya kunjungi bagi mengaktifkan akaun saya?

Adakah awda: 

1. Mendaftar HANYA untuk akaun e-darussalam sahaja?

Aktifkan dimana mana cawangan berikut:
  1. Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE)
    (Sila lihat senarai cawangan)
Sila bawa bersama kad Pengenalan awda (IC) bagi pengaktifan satu masa (one-time activation)

2. Mendaftar bagi akaun e-darussalam DAN E-Perkhidmatan bagi Jabatan Perkhidmatan Elektrik?

Aktifkan dimana mana cawangan kaunter berikut:

  1. Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE)
    (Sila lihat senarai cawangan)
Sila lihat Pendaftaran bagi E-Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Elektrik untuk maklumat lanjut mengenai dokumen yang diperlukan.

3. Mendaftar akaun e-darussalam DAN e-perkhidmatan yang lain

Sila lihat 1. Mendaftar HANYA untuk akaun e-darussalam sahaja. Sebaik sahaja awda didaftarkan & diaktifkan dengan e-darussalam, awda bolehlah menggunakan perkhidmatan berikut (tidak memerlukan pendaftaran atau pengaktifan tambahan):
  • Membaharui Lesen Memandu
  • Membaharui Lesen Kenderaan
  • Penempahan Pemeriksaan Kenderaan
E-perkhidmatan lain yang tidak tersenarai diatas, tidak memerlukan akaun e-darussalam.
 
PERHATIAN (bagi 1 & 2)
  • Kata laluan awda akan diemel terus pada awda selepas berjaya diaktifkan. Ianya akan dihantar ke alamat emel yang awda gunakan semasa pendaftaran.
  • Kata laluan tidak akan dikeluarkan dikaunter selepas pengaktifan.