Skip Ribbon Commands
Skip to main content
   
Industri
Pendidikan Swasta
Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan adalah salah satu bahagian dibawah Kementerian Pendidikan yang dipertanggunjawabkan mendaftar dan memantau perjalanan sekolah & institusi swasta, termasuk Institusi Pengajian Tinggi, Antarabangsa, Tuisyen, Komputer, Muzik dan Kemahiran. Pemantauan ini juga meliputi pendaftaran guru-guru, Ahli Lembaga Tadbir Sekolah dan pelajar. Senarai sekolah dan institusi swasta boleh didapati di sini.
 
Terdapat 80 sekolah swasta di Brunei menawarkan pendidikan pra, sekolah rendah, menengah di Brunei Darussalam. Peranan sekolah-sekolah bukan Kerajaan ialah untuk mengurangkan pergantungan pada Kerajaan untuk menyediakan pendidikan dan juga menawarkan pilihan bagi ibu bapa untuk memilih dimana anak mereka untuk dididik.
 
Kerajaan menyediakan elaun pelajaran untuk warganegara dan penduduk tetap (kakitangan Kerajaan.)